Kerjaya separa tentera Kerjaya_Tentera_Adolf_Hitler

Hitler memakai pakaian seragam warna perang Führer und Reichskanzler, iaitu gelaran yang beliau sandang dengan menggabungkan jawatan Canselor dan Presiden.

Selepas Hitler menjadi pemimpin Parti Nazi, beliau mula memperolehi gelaran dari separa tentera dan menggunakan pakaian seragam separa tentera Parti Nazi untuk melambangkan posisinya. Gelaran utama Hitler didalam Parti Nazi adalah ringkas iaitu Führer (pemimpin) dan tidak terdapat sebarang pakaian khas yang direka untuk posisi Hitler, walaupun satu pin pangkat disemat pada lapel jaket awam (digunakan oleh Hitler sehingga tahun 1934) dikenali sebagai "Eagle of Sovereignty Pin".[30] Hitler tidak lagi menggunakan pin ini selepas Malam Pisau Panjang disebabkan oleh penggunaan meluas Golden Party Badge dan kesukaan Hitler dengan pingat ini. Pakaian seragam warna perang Parti Nazi yang paling kerap dikaitkan dengan Hitler ialah baju separa tentera SA dan melambangkan posisi Hitler sebagai Oberster SA-Führer. Pada akhir tahun 1920an, Hitler kadangkala memakai pakaian seragam hitam, tetapi ini sewaktu Hitler sedang mencontohi Benito Mussolini. Kekaguman Hitler terhadap diktator Itali itu kemudian berkurangan setelah Jerman menjadi lebih kuat daripada sekutu Italinya dan Mussolini, pada akhirnya, dipandang rendah oleh Hitler sebagai diktator boneka dibawah kawalan Jerman.

Hitler merupakan, selaku Führer, pemerintah tertinggi setiap pertubuhan separa tentera Nazi tetapi Hitler tidak pernah menggunakan pangkat tambahan didalam organisasi-organisasi ini mahupun pakaian khas untuk melambangkan posisinya (sebagai contoh, tidak terdapat pakaian khas atau insignia SS untuk Hitler, walaupun beliau dianggap anggota SS nombor 1 dan mengatasi Heinrich Himmler). Hitler juga secara teknikal layak untuk semua pingat politik Nazi, tetapi secara praktiknya beliau hanya memakai Iron Cross Perang Dunia I, Lencana Emas Parti Nazi, dan Lencana Cedera warna Hitam. Semasa perhimpunan Nazi di Nuremberg pada awal tahun 1930an, Hitler memakai sementara lencana Nuremberg Party Day Badge tahun 1929, tetapi dihentikan selepas tahun 1935.